Pages

BUNYI GESERAN DI TAYAR HADAPAN KETIKA SELEKOH ATAU JALAN LURUS?

bunyi geseran ini adalah seperti bunyi besi di toreh.keadaan ini terjadi apabila brake pad anda sudah sampai
limitnya.

bagi anip,kerana mengendahkan bunyi tersebut,lama kelamaan bunyi itu menjadi kuat dan kemuncaknya adalah apabila bunyinya mengganggu konsentrasi pemanduan saya.tanpa ragu ragu,anip buka tayar hadapan kereta dan melakukan pemeriksaan,tiada apa yang aneh,brake pad juga masih dalam keadaan elok walaupun mengalami sedikit kehausan.

apa anip lakukan adalah anip tukar brake pad dengan yang baru dan masalah tersebut selesai.tiada lagi bunyi bising.cuma disc anip bercalar dan menghasilkan bunyi ngilu ketika brek.namun tak mengapa kerana jika disc bercalar ,boleh gosok semula untuk menjadikan permukaan disc licin.kebiasaannya charge yang dikenakan untuk gosok brek tersebut hanya sekitar RM 75 sahaja.

kesimpulan anip adalah, bunyi bergeser itu sebenarnya datang dari indicator kehausan brek itu sendiri kerana apabila brek pad sudah haus,hujung besi indicator itu akan masuk kedalam dan akhirnya melanggar disc dan menyebabkan bunyi geseran itu.jadi jika anda mengalami maslaah seperti ini,segeralah tukar brake pad kereta anda sebelum is menjadi lebih parah lagi.

terima kasih kerana membaca

posted by: anip